Sejarah penubuhan kampung ini bermula seawal
tahun 1900 lagi apabila sekumpulan penduduk berhijrah ke sebuah penempatan yang
bernama Sungai Kumpe. Sungai Kumpe adalah nama asal Kampung Parit Pulai.
Penduduk asal Kampung Sungai Kumpe adalah terdiri dari kalangan orang
orang Melayu, Jawa dan juga Banjar. Pada tahun 1915, dua orang penduduk telah
meneroka kampung ini bagi tujuan membuka kawasan pertanian iaitu Tuan Haji
Rakani Bin Md Omar dan Tuan Haji Arsad. Tuan Haji Rakanikemudian menukar
namanyakedada Haji Tahir.
Pada dasarnya, penubuhan dan penamaan Kampung Parit Pulai berlaku
apabila Tuan Haji Rakani dan Tuan Haji Arsad serta beberapa orang penduduk yang
sedang mengerjakan kawasan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian menghadapai
kesulitan apabila terdapat pokok pulai yang amat besar di dalam sebuah parit
yang tidak dapat ditebang walaupun selama tiga hingga empat hari mereka cuba
untuk menebangnya. Dikatakan Tuan Haji Tahir mempunyai kuasa luar biasa dan
menggunakan kuasa luar biasanya itu beliau dapat menumbangkan pokok pulai
tersebut. Dengan berlakunya peristiwa tersebut, kampung yang asalnya bernama
Kampung Sungai Kumpe telah ditukar namanya oleh Tuan Haji Tahir kepada nama
Kampung Parit Pulai.
Telah difahamkan bahawa Ketua Kampung Parit Pulai yang pertama ialah
Tuan Haji Salleh. Selepas beberapa tahun, Kampung Parit Pulai telah digabungkan
bersama kampung kampung bersebelahan iaitu Kampung Serom 8, Kampung Sri Jaya
dan Kampung Parit Bunga Raya Hujung. Seterusnya gabungan ini diberi nama
SRILAPURA. SRILAPURA telah ditadbir oleh seorang ketua kampung yang berasal
dari Kampung Parit Bunga Raya Hujung iaitu Tuan Haji Fatoroji.
Pada tahun 2006, dengan inisiatifdan usaha berterusan penduduk kampung
Parit Pulai, kampung ini telah dikeluarkan dari gabungan dan mampu membawa
haluan dan tujuan tersendiri dan telah mendapatkan seorang ketua kampung yang
lebih memahami dan dapat membawakan setiap aspirasidan kehendak penduduk
kampung kepada pihak kerajaan. En Md Som Bin Leman telah menjadi Ketua Kampung
Parit Pulai yang pertama sejak tahun 2006.
No comments:
Post a Comment