Friday, 31 July 2015

ADS1M 2015 @kg parit pulai
















Sekitar majlis pemarkahan program ADS1M 2015 peringkat daerah Ledang...sebanyak 12 buah kampung mewakili mukim tertentu dalam daerah Ledang termasuklah kmpug kami kampung Parit Pulai mewakili mukim Serom.ini adalah penyertaan kali ke3 kmpung kami sejak tahun 2010 yang mana pada tahun berkenaan program ini dikenali sebagai Anugerah Desa Cemerlang (ADC).pada tahun berkenaan, kamung Parit Pulai mendapat tempat ke2 tewas kepada felda sri jaya y mana pada edisi berikutnya penyertaan felda sri jaya telah dibatalkan kerana felda mempunyai program sendiri dibawah kelolaan Felda..pada tahun 2014, Parit Pulai sekali lagi mnyertai ADC dan sekali lagi kmpug kami mndapat tempat ke2.

sukan rakyat@kampung parit pulai

7 & 8hb 2 2014...kampung Parit Pulai telah mengadakan sukan rakyat tertutup bertempat di kawasan rekreasi kg Parit Pulai dan tepian sungai. antara aktiviti atau acara yang telah diadakan adalah sukan memancing berkategori, acara untuk kanak-kanak seperti isi air dalam botol, iup tepung, tiup belon, bawak bola pingong dalam sudu, acara untuk dewasa seperti rebut kerusi, motor perlahan dan macam2 lagi..xlupe, acara yang paling utama yang tidak pernah ketinggalan adalah acara tangkap itik dan pukul bantal... acara penutup majlis sukan rakyat ini telah dirasmikan oleh YAB dato IR Hamim bin Haji Samuri selaku ahli parlimen Ledang.berikut adalah antara shot2 yang sempat di ambil sempena program tersebut.